mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT SUKU TAHUN KETIGA 2019

LATAR BELAKANG CALON :

Nama           : Weena Bangan Anak Kuang

Tarikh Lahir : 30 April 2001

Umur           : 18 Tahun

Pekerjaan    : Pelajar

Pendidikan   : Sekolah Menengah Luar Bandar Miri

 

Latar belakang

 

Adik Weena Bangan Anak Kuang merupakan lepasan pelajar sekolah menengah yang sedang menunggu keputusan ujian SPM beliau. Beliau seorang remaja yang suka mengunjungi Pusat Internet setiap kali ada masa lapang. Semasa masih begelar seorang pelajar sekolah, beliau sering ke Pusat Internet untuk melayari internet untuk mencari rujukan kerja kursus beliau. Beliau juga telah menjadi pengacara dalam pengambaran video usahawan lesung daerah Beluru dalam Program Menarik Di Bario & Baram.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer dan menaip. Tidak tahu melayari internet untuk mencari maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

       Mempelajari cara melayari internet

       Penggunaan Aplikasi Dashboard Komuniti

       Krusus Asas ICT

       Menaip dokumen

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

– Kemudahan dan perkidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet  banyak membantu dalam meningkatan kemahiran ICT.

– Penggunaan komputer percuma selama sejam setiap hari banyak memberi manfaat kepada komuniti setempat.