mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 SUKU TAHUN PERTAMA 2020

LATAR BELAKANG CALON :

 

Nama           : Roddy Anak Tunsan

Tarikh Lahir : 07 Ogos 1991

Umur           : 29 Tahun

Pekerjaan    : Lepasan Sekolah

Pendidikan   : Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong

 

Latar belakang

Puan Malaya mengusahakan kebun limau madu bermula dari 300 pokok anak benih yang diberi oleh pihak Jabatan Pertanian Beluru. Beliau mengusahakan kebun ini sejak dari tahun 2000 lagi. Kini kebun ini diusahakan bersama cucu beliau iaitu Roddy Anak Tunsan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM900 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Pekan Beluru, beliau kini semakin yakin dalam mempromosi produk. Beliau telah mengikuti program jom sihat bersama pusat internet dan mengikuti taklimat pemasaran produk menggunakan aplikasi dashboard komuniti sebagai medium pemasaran produk beliau. Melalui kelas latihan dan bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Beluru dia  kini bertambah yakin dalam  mempromosikan perniagaan di media sosial dan juga whatsapp.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

– Mempromosi menggunakan MyShop

– Cara membuat iklan produk

– Pengambaran produk

– Edit Gambar produk

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

– PI membantu mempromosikan produk

– Petugas PI telah memberi tunjuk ajar cara membuat sticker dan logo perniagaan untuk tujuan promosi.