mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT SUKU TAHUN PERTAMA 2020

LATAR BELAKANG CALON :

Nama           : Ketina Anak Gimos

Tarikh Lahir : 01 Mac 1990

Umur           : 30 Tahun

Pekerjaan    : Pembantu Tabika KEMAS Sungai Sebukut

Pendidikan   : Sekolah Menengah 

 

Latar belakang

Puan Ketina Anak Gimos bekerja sebagai pembantu di tabika KEMAS Sungai Sebukut, beliau sangat aktif mengikuti program yang diadakan di Pusat Internet Pekan Beluru. Beliau juga mengalas jawatan sebagai setiausaha rumah panjang, beliau banyak membuat tugasan di Pusat Internet pada hujung minggu. Sebelum ini kemahiran ICT beliau agak kurang dan membataskan beliau dalam membuat tugasan yang diberi dan seterusnya beliau telah mengikuti kelas asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Pekan Beluru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer dan menaip. Tidak tahu melayari internet untuk mencari maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

       Mempelajari cara melayari internet

       Penggunaan Aplikasi Dashboard Komuniti

       Krusus Asas ICT

       Menaip dokumen

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

       Kemudahan dan perkidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet  banyak membantu dalam meningkatan kemahiran ICT.

      –    Penggunaan komputer percuma selama sejam setiap hari banyak memberi manfaat kepada komuniti setempat.