mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Rina Binti Hadari

USAHAWAN KECIL KUIH MUIH, PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN DI PEKAN BELURU BAKONG

Q3 2016

Nama

 

: Rina Binti Hadari

Umur

: 38 tahun

Ahli

: 03 November 2014

 

Latar belakang

Puan Rina binti Hadari menjual kuih, produk kesihatan & kecantikan, dan baja organik secara kecil-kecilan disekitar Pekan Beluru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini perniagaan yang beliau jalankan hanya offline sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti latihan asas ICT di Pusat Internet Pekan Beluru beliau telah belajar cara menggunakan laman sosial untuk dijadikan medium pemasaran. Sebelum ini medium pemasaran beliau hanya offline sahaja. Beliau telah belajar cara membuat page facebook dijadikan medium pemasaran produk yang beliau usahakan.