KEUSAHAWANAN……
1)YAKIN ENTERPRISE
Kedai Runcit Yakin Enterprise diusahakan oleh Ahmad Bin Galau dan mula beroperasi pada tahun 1982. Pada awalnya, kedai runcit ini hanya menawarkan barang-barang keuganaan harian kepada penduduk sekitar Beluru, Bakong. Perniagaan yang beroperasi kini semakin maju dan memberi lebih banyak kemudahan kepada penduduknya seperti barang-barang keperluan penduduk setempat seperti barang kering dan barang basah. Selain itu, kedai ini bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana memberi kesenangan kepada penduduk untuk mengeluarkan duit daripada Bank tersebut. Dengan itu, penduduk tidak perlu lagi ke Bandaraya Miri untuk menjelaskan pelbagai pembayaran.
2)PASAR MINGGU
Pekan Beluru merupakan sebuah lokasi berjual-beli bagi seluruh warna penduk di sekitar Beluru, Bakong. Pekan kecil ini merupakan medan bagi setiap warga penduduk di sekitar Beluru untuk mencari rezeki dan menjana pendapatan merek. Para pengunjung yang datang bukan sahaja dari daerah ini malah juga dari daerah yang lain seperti Lapok, Bekenu, dan lain-lain. Hal ini demikian kerana, mereka ingin membeli ikan dan sayur-sayuran yang segar. Namun demikian, terdapat juga makanan-makanan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk di situ. Antaranya ialah, keropok ikan, kuih-muih tempatan, ikan kering yang dijemur dan ubat-ubatan traditional.