LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Roddy Anak Tunsan
Tarikh Lahir : 07 Ogos 1991
Umur : 29 Tahun
Pekerjaan : Lepasan Sekolah
Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong
Latar belakang
Puan Malaya mengusahakan kebun limau madu bermula dari 300 pokok anak benih yang diberi oleh pihak Jabatan Pertanian Beluru. Beliau mengusahakan kebun ini sejak dari tahun 2000 lagi. Kini kebun ini diusahakan bersama cucu beliau iaitu Roddy Anak Tunsan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM900 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Beluru, beliau kini semakin yakin dalam mempromosi produk. Beliau telah mengikuti program jom sihat bersama pusat internet dan mengikuti taklimat pemasaran produk menggunakan aplikasi dashboard komuniti sebagai medium pemasaran produk beliau. Melalui kelas latihan dan bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Beluru dia kini bertambah yakin dalam mempromosikan perniagaan di media sosial dan juga whatsapp.
Apa yang dipelajari melalui PI
– Mempromosi menggunakan MyShop
– Cara membuat iklan produk
– Pengambaran produk
– Edit Gambar produk
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– PI membantu mempromosikan produk
– Petugas PI telah memberi tunjuk ajar cara membuat sticker dan logo perniagaan untuk tujuan promosi.




