LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Ketina Anak Gimos
Tarikh Lahir : 01 Mac 1990
Umur : 30 Tahun
Pekerjaan : Pembantu Tabika KEMAS Sungai Sebukut
Pendidikan : Sekolah Menengah
Latar belakang
Puan Ketina Anak Gimos bekerja sebagai pembantu di tabika KEMAS Sungai Sebukut, beliau sangat aktif mengikuti program yang diadakan di Pusat Internet Pekan Beluru. Beliau juga mengalas jawatan sebagai setiausaha rumah panjang, beliau banyak membuat tugasan di Pusat Internet pada hujung minggu. Sebelum ini kemahiran ICT beliau agak kurang dan membataskan beliau dalam membuat tugasan yang diberi dan seterusnya beliau telah mengikuti kelas asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Pekan Beluru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer dan menaip. Tidak tahu melayari internet untuk mencari maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer.
Apa yang dipelajari melalui PI
– Mempelajari cara melayari internet
– Penggunaan Aplikasi Dashboard Komuniti
– Krusus Asas ICT
– Menaip dokumen
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Kemudahan dan perkidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet banyak membantu dalam meningkatan kemahiran ICT.
– Penggunaan komputer percuma selama sejam setiap hari banyak memberi manfaat kepada komuniti setempat.


