mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 SUKU TAHUN KEDUA 2020

LATAR BELAKANG CALON :

Nama           : Jelia Binti Ruslan

Tarikh Lahir : 21 September 1970

Umur           : 50 Tahun

Pekerjaan    : Peniaga

 

Latar belakang

 Puan Jelia, menjalankan perniagaan kedai makanan Islam di Pekan Beluru. Semasa perintah kawalan pegerakkan(PKP) yang lepas, beliau giat mempromosi menu masakan menggunakan medium media social, bagi memudahkan komuniti sekitar Pekan Beluru untuk menempah awal makanan. Melalui medium media social ini lebih memudahkan beliau mengambil tempahan dan mempromosikan jualan.Beliau merupakan ahli AIM dan selalu mengikuti Program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Beluru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mendapat tempahan dari orang ramai dan kurang pembelian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Beluru, beliau kini semakin mahir menggunakan facebook dan dashboard komuniti dalam mempromosi produk.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

       Mempromosi menggunakan MyShop

       Cara membuat iklan produk

       Pengambaran produk

       Edit Gambar produk

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       PI membantu mempromosikan produk

       Petugas PI telah memberi tunjuk ajar cara membuat sticker dan logo perniagaan untuk tujuan promosi

       Beliau mendapat pengalaman baru iaitu membuat sticker, logo perniagaan dan dapat mempromosikan perniagaannya di laman sosial.