Program NADIpreneur EMPOWERHER merupakan satu inisiatif pemerkasaan wanita yang dianjurkan oleh NADI bagi membantu golongan wanita meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keyakinan dalam bidang keusahawanan digital. Program ini memberi fokus kepada pembangunan usahawan wanita khususnya di peringkat komuniti setempat agar mereka mampu menjana pendapatan secara mampan melalui penggunaan teknologi dan platform digital.