mcmc
Kemudahan Awam

Pendidikan

 


 

A) Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong

SMK Bakong bertapak sementara di Kem Jabatan kerjaraya, Sg Temam. Pada tahun 1980, semua bangunan yang ada pada masa itu diperbuat daripada kayu manakala atap pula diperbuat daripada daun pelepah.

Genap dua tahun, SMK Bakong berpindah ke lokasi yang ada sekarang dengan kemudahan yang lebih selesa pada tahun 1982. Sekolah ini terletak kira-kira 80KM dari bandar Miri. Tapak ini dilengkapi dengan kemudahan blok yang sedia ada  seperti sekarang kecuali penambahan flat baru untuk penginapan guru dan kakitangan sokongan.

 

B) Sekolah Kebangsaan Beluru Central

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1974 dengan nama Sungai Kepayang School. Bangunan sekolah pada masa itu beratap rumbai dan berdinding kayu meranti. Pada tahun 1948, sekolah ini telah berpindah ke satu tapak baru di atas bukit tebingan sungai Bakong yang berdekatan dengan sekolah Cina (SJK HWA KWONG) sekarang. Sejak itu, nama sekolah telah ditukarkan kepada Beluru Central School. Pada zaman peralihan bahasa penghantar iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, maka sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kerajaan Beluru. Pada akhir tahun 1987, nama sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Beluru sahaja. Pada tahun 1989, sekolah ini telah dipindahkan semula ke tapak asal (Sungai Kepayang) yang berdekatan dengan SMK Bakong. 

Sekolah Kebangsaan Beluru, Bakong terletak di daerah Baram dalam bahagian Miri dan mengambil masa kira-kira 80KM dari bandar Miri. Pada suatu ketika dahulu, sekolah ini adalah di bwah penyeliaan pihak Jabatan Pendidikan Daerah Baram kerana     ia hanya boleh dihubungi dengan jalan sungai dari Batang Baram. 

Sekarang sekolah ini terus di bawah jagaan Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, Bahagian Miri walaupun ia terletak di daerah Baram.Sekolah ini dianggap seperti sekolah luar bandar dan menjadi pusat bagi sekolah-sekolah di daerah kecil Beluru,Bakong.

 

C) SJK (C) HUA KWONG

SJK (C) Hua Kwong, Bakong telah ditubuhkan dapa tahun 1957. Sekolah ini didirikan di tepi sungai Bakong. Pengasas yang pertama menubuhkan sekolah ini ialah peniaga-peniaga sekitar kawasan Beluru, Bakong pada ketika itu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah jenis persendirian atau disebut sebagai sekolah swasta. Peniaga-peniaga di pekan kecil ini telah banyak menyumpang wang dan tenaga dalam usaha mendirikan sekolah rendah beraliran cina kerana mereka sedar akan kepentingan bahasa ibunda mereka serta budaya dan tradisi masyarakat cina. 

Pada tahun 1961, sekolah Hua Kwong  telah diserahkan kepada Majlis Daerah Baram.  Ini adalah disebabkan sekolah Hua Kwong kekurangan modal. Sehingga 15 Mac 1973, semua sekolah yang di bawah jagaan Majlis Daerah dijadikan sebagai sekolah kerajaan dan diawasi oleh Jabatan Kerajaan. Ini kerana pada masa itu kerajaan sedang memperbaharui sistem rancangan pendidikan.