mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-MAHIR-HANAFIAH BINTI ABDULLAH

Nama           : Hanafiah Binti Abdullah

Umur           : 40 Tahun

Ahli    : 2016 

Latar belakang

Pn. Hanafiah telah mendaftarkan diri sebagai ahli NADI Pekan Beluru sejak 2016. Beliau selalu aktif mengikuti aktiviti-aktiviti di NADI. Antaranya program ICT, Keusahawanan dan juga kelas kemahiran seperti Mahir Masak. Dengan penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti di NADI, beliau dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman dalam bidang yang beliau minati

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer serta tidak mempunyai bajet bagi mengikuti apa-apa kelas seperti ICT dan juga kemahiran di luar. Dengan adanya aktiviti di NADI yang disediakan secara percuma telah membantu beliau dalam pembangunan diri

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pn. Hanafiah diberi pendedahan mengenai ICT iaitu asas komputer dan Microsoft Office serta kelas kemahiran seperti mahir masak yang telah mempelajari pelbagai menu minuman dan juga makanan. Beliau juga telah dipilih sebagai salah satu peserta bagi pertandingan ” Pencarian Cooking Star Sarawak”