Nama : Nurulafina Bt Ahmad
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Pn. Afina telah mendaftarkan diri sebagai ahli NADI Pekan Beluru sejak 2016. Beliau selalu aktif mengikuti aktiviti-aktiviti di NADI. Antaranya program ICT, Keusahawanan, Program kesedaran dan advokasi dan juga kelas kemahiran seperti Mahir Masak. Dengan penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti di NADI, beliau dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman dalam bidang yang beliau minati
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer serta tidak mempunyai bajet bagi mengikuti apa-apa kelas seperti ICT dan juga kemahiran di luar. Dengan adanya aktiviti di NADI yang disediakan secara percuma telah membantu beliau dalam pembangunan diri
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pn. Afina diberi pendedahan mengenai ICT iaitu asas komputer dan Microsoft Office serta kelas kemahiran seperti mahir masak yang telah mempelajari pelbagai menu minuman dan juga makanan. Selain itu dengan menyertai program kesedaran banyak ilmu yang beliau manfaatkan, terutamanya berjaga-jaga dari menjadi mangsa scammer di alam siber.




