mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah PEDI

PEDi Pekan Beluru, Baram, Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PEDi merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad dan MSD Digital Intelligent Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 356 buah PEDi dibawah seliaan Telekom Malaysia Berhad yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu 12 buah pusat Fasa Perintis, 73 buah pusat Fasa 1, 52 buah pusat Fasa 2, 31 buah pusat Fasa Felda, 5 buah pusat Fasa Felda EB, 1 buah pusat Fasa Long Beruang, 100 buah pusat Fasa Telephony, 10 buah pusat Fasa Clawback 2012, 42 buah pusat Fasa CBL Enhancement dan 30 buah pusat Fasa Clawback 2013 telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

PEDi merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

PEDi ini telah diberi nama mengikut tempat ia ditubuhkan iaitu PEDi Pekan Beluru. PEDi Pekan Beluru ini adalah Fasa 4 ( Telephony )PEDi ini telah ditubuhkan pada 2014 dan mula beroperasi pada 30 Oktober 2014.

Tapak asal PEDi Pekan Beluru adalah bangunan pasar rakyat Beluru Bakong. Telah diubahsuai dan mendirikan sebuah bangunan baru yang lebih luas untuk dijadikan PEDi Pekan Beluru. Dengan sokongan Ketua Kampung dan penduduk setempat, PEDi Pekan Beluru telah ditubuhkan dengan jayanya. Kini anak-anak Beluru dapat mendekatkan diri dengan pelbagai program ICT yang telah dianjurkan.